this is my life story

Pages

Jom Klik!

Friday, March 23, 2012

AKU, DIA & CEKODOK


Macam lawak je title kat atas tu kan? Korang semua mesti pernah makan cekodok kan. Tipu lah tak penah :P Apa cekodok paling sedap penah korang makan ? Kalau mai, cekodok orang mengamuk lah paling sedap!

Tapi main point blogging hari ni bukan sebab nak cite perisa cekodok ape paling sedap dan kenapa korang suka makan cekodok,,hehe. The truth is, pasal cekodok lah mai hilang sorang kawan dan da hampir 3 tahun kami berkawan. Dan buat pertama kali dalam hidup mai, mai langsung tak rasa terkesan dan rasa bersalah dgn apa yang jadi sebab sampai sekarang, mai tak tau apa salah mai pada dia. Yang buat mai lagi rasa tak bersalah sebab mai da mintak maaf kat dia, jadi terserah pada dia nak maafkan atau tidak. Tragedi cekodok ni jadi da lebih kurang dua minggu. Kalau mula – mula dulu memang sebok ni nak dok pikir – pikir hal ni tambah – tambah tengah final kan. Tapi sekarang, you just nothing to me. Takde dia dalam hidup mai, it’s better for me plus bukan dia yang bg mai duit utk study and life. My principle will always be, POSITIVE THINKING.

Fakta tentang manusia ni, kalau lelaki sama lelaki gaduh, within 5 minutes pun da boleh ok balik. But, when it’s turn to girl, things become complicated and even berpuluh tahun akan dtg pun belum tentu akan berbaik. That’s girl story! :P Susah jugak jadi girls ni kan?hehe. Bila masa – masa susah macam ni, kita akan dapat tengok siapa kawan, siapa lawan. Siapa yang menyokong dan siapa yang menyorong. Mungkin ramai yang akan cakap tak tahu. Tapi mai tak pernah pun mengharapkan respon pada orang lain bila mai bercerita pada orang. Thanks for all of you supporting words. That’s one of the reason thats make me feel better.

What goes around, comes around! I hold that words tightly. Mungkin sekarang jadi pada mai dan ujian pada mai time minggu final ni. Allah takkan bagi ujian pada hambaNYA melainkan hambaNYA layak utk menerima ujian tu. That’s all for today! My promise, i will do my best for my final :) Take care everybody and wish me all the best for my last 2 paper.

p/s : Tak perlu mengamuk kalau marah, take a deep breath and discuss. That’s better than everything :)

Tuesday, January 17, 2012

Save The Date | 14 January 2012

Assalamualaikum semua. :)
Hari ni memang mood baik sangat nak update blog. Dan dengan excitednya nak cerita pasal kawan mai yang baru je mendirikan bahtera perkahwinannya di awal usia muda - muda rente macam kita ni. Alhamdulillah, pada tarikh keramt 14 Januari 2012, bertempat di Bandar Sri Jempol, Ain telah diijabkabulkan. Happy sangat bila tengok dua mempelai disatukan. Dan tiba - tiba suasana dalam rumah jadi sebak bila ayah Ain melafazkan kata - kata penyerahan Ain kepada suami dia. Mai yang tengok ni pun da sebak tau! *tapi,mai memang sememeh pun,,haha* . Lagipun mai sorang je yang lepas masuk untuk tengok majlis tu. Kawan - kawan mai yang lain tersekat kat luar tak dapat masuk sebab da pack da kat dalam rumah masa upacara bertunang dan penikahan da nak berlangsung. Suka sangat suasana kat rumah Ain time tu sebab meriah tapi dalam keadaan sederhana. Mai ada letak beberapa gambar yang sempat kitorang snap dgn Ain :)



Inilah rombongan ' Cik Kiah' yang datang majlis Ain

Candid time ! :P

Kami doakan semoga Ain dan suami akan menjalani kehidupan berumah tangga dgn harmoni dan sejahteranya. Jadilah isteri yang menjadi benteng keaiban suami, InsyaALLAH. Sebok cerita pasal orang, tapi turn saya memang lambat lagi,,,hehe. Tunggu kawan - kawan habiskan round dulu rasanya. Malas nak pikir dulu sebab banyak lagi yang nak hadap akan datang. BTW, selamat pengantin baru mai ucapkan buat kaklong Ain dan suami. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. InsyaALLAH, Aminn :)



Monday, December 12, 2011

TRULY NGHTMARE!



Assalamualaikum semua!
Minggu lepas mai balik rumah ibu angkat mai kat Klang. Sebenarnya memang nak hadkan aktiviti "PBSM" ( Persatuan Balik Setiap Minggu) semester ni, tapi disebabkan da berkurun tak jumpa ibu, jadi pulang juga minggu ni. :) Main point kepulangan kali ni sebab birthday Adik Mirul. Happy Belated Birthday Adik Mirul even da wish banyak kali da ari tu,,hehe. Sepatutnya balik dgn Kak Ada. Tapi Kak Ada tiba - tiba ada presentation, jadi mai balik sorang je lah.
Nak dijadikan cerita, semalam mai balik sendiri. Naik KTM dari Klang sampai lah Seremban. Adegan mimpi buruk ni bermula dalam bas yang menghala ke Kuala Pilah. Mula - mula mai dapat tempat duduk. Baru je cadang nak bagi pompuan duduk sebelah mai, tiba - tiba ada sorang Mat Bangla datang duduk dengan selambanya .By the first 10 minutes, nothing happen dan Mat Bangla tadi sibuk dok sembang dgn kaum sebangsa dia yang duduk kat belakang seat mai je. Dengan bau dia yang 'semerbak' tahan je lah yang mampu. Tapi, tiba - tiba mai rasa ada benda merayap kat belakang badan mai. Perghh!rupa - rupanya tangan Mat Bangla yang sengal tadi tu. Apa lagi, mai terus bangun dan marah dia. Semua orang dok usha je Mat Bangla tu sampai sudah. Padan muka! Silap orang lah yang ko usik ni,,huhu.
Ingatkan da habis lah scene - scene menderau jiwa ni. Ada lagi. Tapi yang ni scene 'Ombak Rindu' pulak. Mai cakap macam tu sebab mase mai berdiri pulak, keliling mai yang duduk semuanya couple. Tak kesah lah bab duduk berdua - dua dan sweet together tu. *Tu hal korang,kesah pulak aku kan*. Yang tak sedap nak tengok tu ialah, adegan cium - cium pipi dan peluk - peluk tu. Agak - agak lah! Ni public kot. Takkan lah tak boleh nak hormat orang sekeliling. Yang pompuan tu pulak, memang merelakan je semua yang lelaki tu buat. Langsung takde rasa malu agaknya. Dan yang paling memalukan ialah yang buat semua tu budak UiTM mai sendiri. Segan sangat - sangat bila orang luar tengok perangai orang muda macam tu. Dalam masa yang sama, mai sendiri ambil pengajaran supaya tak lakukan perkara - perkara macam tu. :)
Mai harap sangat - sangat janganlah ada kawan - kawan mai yang macam ni ye. Sangat memalukan. Bayangkan kalau nanti bila kita ada anak, anak kita buat macam tu juga. Btw, lepas ni mai memang da fobia nak naik bas,,huhu. Bukan sebab bas tu bawak macam nak hantar orang pergi kubur, tapi sebab adegan - adegan panas ni.
Take care semua!

You got me, right where you want me ;
siti maizurah ismail

Thursday, December 8, 2011

MY NEW HOUSIE :)


Assalamualaikum :)
Semester ni mai ada housie baru merangkap roomate baru mai jugak. :) Selepas Kak Alea meninggalkan kami bagi meneruskan misi praktikal dia, rumah tu da jadi sunyi sikit. Tak macam selalu, haru biru kami satu rumah. Gelak sakan dari pagi sampai ke malam,,hehe. Itulah life student. Bila kat kampus memang da confirm serabut otak dok pikirkan assigment, test dan kuiz bagai yang dok berderet tunggu turn green light je. Jadi bila sampai rumah,semua benda yang jadi kat kampus dok kumpul jadi bahan gelak. :) Housemate baru mai oalah Amira & Leha. Duduk dgn diorang memang best. Kami semua da kenal lama sebab dari part 3 da sekelas. Leha dgn habit yang suka kerut dahi dan Mira dgn perangai dia yang gelak tak nak sakan pulak,,hehe. Btw, rumah pun da kembali havoc cam dulu. Special for Kak Alea, even Kak Alea dah jauh nun di Perak, but we still remember you and love you,sis! :) Take care and all the best for your practical :)

NEW SEMESTER,NEW SPIRIT


Assalamualaikum semua! Dan for non - muslim, Holla! :)
Mai da lama tak update blog. Bukan ape,busy sikit dgn assigment dan tutor yang makin menggunung,,tak kurang jugak dengan kuiz - kuiz yang dari minggu 1st da datang bertandang. Semester kali ni, its my last semester! But to get through this semester, i need to get in my dean list for my graduation. :) InsyaALLAH,hasil struggle yang tak berapa nak gempak last sem, makin yakin dgn life Diploma ni. Dan pegang kuat kata - kata Miss Jaa yang sekarang da sambung study in Master kat UTM kalau tak salah, dia ada pesan, " Kalau Allah tak bagi kita berjaya sekarang, itu maksudnya Dia simpan kejayaan kita untuk akan datang dan mungkin kalau kita berjaya sekarang, kita akan bangga diri" . Really meaningfull! Thanks to Miss Jaa yang sudi ajar kami, budak - budak nakal ni selama 3 semeseter berturut - turut. Okay guys,wish me all the best for my final semester! All to best to all of you too!! :)

Monday, October 24, 2011

MAKAN SUSHI,OTAK BERULAT


Assalamualaikum kawan - kawan!

Mai nak kongsi satu fakta yang menarik ni. Tapi kesahihannya belum dapat dipastikan. Da tengok gambar kat atas tu kan? Ini ceritanya :) Kejadian ni berlaku di Jepun. Akibat dari makan sushi dan sashimi iaitu ikan mentah, gurita, udang mentah dan macam - macam yang mentah lagi lah pak cik yang bernama Shota Fujiwawara yang berusia hampir 80 tahun telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah hilang kemampuan psokomotoricnya. Rupa - rupanya,setelah menjalani ujian CT- scan dan X-ray, doktor telah menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih di luar tempurung otak.

Ulat yang ditemui dalam otak pak cik Shota berasal dari parasit yang selalunya ada kat ikan mentah, ikan laut, atau pun ikan tawar. Ulat parasit dan telur ikan ini hanya boleh dimatikan melalui proses pemasakan dengan suhu yang tinggi samada digoreng,dipanggang, direbus didih atau dengan pembekuan 10 degree ke atas.

Jadi kepada semua peminat - peminat sushi,lepas ni anda semua kena lah berhati - hati. Kalau nak lagi selamat, buat sushi sendiri :) Mai pun on the way nak buat sushi sendiri ni. nanti bila da jadi, mai kongsi resipi dan tips dengan semua kawan - kawan ye. Sebab mai pun sangat suka sushi! :) Kita jadikan kejadian ni sebagai panduan supaya kita lebih berhati - hati. Okay , got to go!! See all of you later :)






Thursday, October 20, 2011

SHIMINO, JAPANESE CREPES


Assalamualaikum! Holla my dear peeps!
Tema hidup mai hari ni ialah makan!hehe. For you guys infomation, mai memang mengaku yang mai kuat makan dan suka sangat cuba benda - benda baru, and especially mestilah makanan kan,hehe.. Dan selalunyer dapat buat food trial ni bila keluar dengan buahaty sebab die pun geng ngan mai bab makan - makan ni plus dia je yang rajin melayan perangai mai yang da memang terbukti kuat makan. Sebab tu lah badan tak slim - slim sampai sekarang,,hehe.

Jadi dengan gembiranya mai nak promote satu makanan yang mai teringin nak makan iaitu SHIMINO. Mai jumpa makanan ni kat blog kakak yang bakal give birth her 1st child,kalau tak silap lah. Dan kakak ni sangat comel! I loike! Kakak Mrs.VIP :) Shimino ni sebenarnya lebih kurang macam lempeng lah bagi orang melayu, tapi version ada inti punya. Tapi Shimino ni jugak tergolong dalam kategori CREPES. Benda alah Shimino ni berasal dari Harajuku, Jepun dan ada macam perasa manis herba serta ada juga campuran buah - buahan seperti, kiwi, mangga, oren dan banyak lagi pilihan yang disediakan. Kalau nak lagi sedap boleh aiskrim atau coklat cair atau madu. Selain tu, Shimino ni juga ada pilihan untuk rasa ayam, daging lembu dan ayam belanda. Menarik kan? Tulis macam ni pun mai da nak terliur tau!hehehe. Mai dapat info ni semua dari blogger - blogger yang pernah makan Shimino ni. Harga Shiminoni jugak berpatutan bergantung pada apa pilihan inti yang kita nak. Benda sedap, mestilah mahal kan sebab terjamin kepuasannya. Sebenarnya,benda alah ni dah lama beroperasi kat Malaysia ni, cuma mai je yang baru tau,,hehe.

Okay lah, mai harap info yang mai bagi ni dapat bantu kawan - kawan lain yang ada minat macam mai suka cuba makanan - makanan baru ni. Kiosk Shimino ni ada dibuka di Times Square, Pavillion dan Ikano Power Centre, Mutiara Damansara. Ni antara tempat yang mai tau adanya kiosk Shimino ni :) Nanti bila mai da try Shimino ni, mai bagitau kawan - kawan ye! Take care everyone! :)










MUET OH MUET



Assalamualaikum! Holla to all my peeps!

Missing me??hehe,,Sorry lamer tak update blog sebab busy dgn final exam dan program yang berduyun sana - sini. Btw, belum terlambat lagi kan kalau mai nak ucapkan all the best untuk semua candidate MUET utk tahun ni. Tahun ni mai pun amek MUET jugak. Mai amek MUET semester ni pun sebab preparation if result for this semester is not so good , i'll keep trying for next semester besides I know already how this examination been proceed! :) Amacam? mai straight terus speaking ni,,hehe. Alang - alang da tulis entry pasal MUET ni,jadi mai nak bagi info sikit pasal MUET ni. MUET ni singkatan untuk ' Malaysia University English Test' . Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ia turut diterima sesetengah universiti di Singapura.Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.Ujian ini diadakan 2 kali setahun. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai.


Syarat kemasukan :
Calon ujian ini hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi masing-masing. Bagi calon persendirian dan calon lain, mereka boleh membuat pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana pejabatJabatan Pendidikan Negeri (JPN). Borang pendaftaran boleh diperoleh di JPN dengan harga RM2.00 satu set. Yuran ujian pula ialah sebanyak RM 50.00. Terdapat juga sebuah buku yang mengandungi peraturan dan skema ujian, sukatan pelajaran dan soalan contoh diterbitkan dan boleh dibeli oleh calon.


Ujian ini ditawarkan kepada calon yang telah menduduki mana-mana satu daripada yang berikut:

~ Sijil Pelajaran Malaysia ~
~ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional ~
~ Malaysia Certificate of Education ~
~ Federation of Malaya Certificate of Education ~
~ Cambrige School Certificate ~
~ Pendidikan selama 10 tahun yang setaraf dengan O-Level ~


Calon yang telah menduduki peperiksaan selain daripada yang disenaraikan di atas perlu terlebih dahulu memperoleh kebenaran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Komponen ujian :


800/1 - Listening
800/2 - Speaking
800/3 - Reading Comprehension
800/4 - Writing


Markah maksimum bagi setiap komponen ialah 45 untuk Listening dan Speaking, 135 untuk Reading Comprehension dan 75 untuk Writing, menjadikan jumlah keseluruhan 300 markah. Markah calon kemudian akan dibahagikan kepada 6 jalur gred, dengan Jalur 6 yang tertinggi dan Jalur 1 terendah.

Hah!Amacam??okay tak info yang mai bagi tentang MUET ni? Mai harap dapat bantu kawan - kawan yang sama - sama bakal menduduki MUET tahun ini dengan info berkaitan dengan MUET ni.Last but not least, even MUET look easy because English language is one of the commonly language we use in our daily, but it could be hard when it turns to examination. Believe me, all of us still need exercises to improve our English Language! All the best guys!! Chaiyok2!!

sumber gambar : google.com

Saturday, August 27, 2011

ALKISAH ORANG KENA TINGGAL!



Assalamualaikum! Holla!

Ni cerita beberapa hari sebelum kami semua nak balik cuti raya. Sebab tragedi ni lah kami makin alert,,hehe. Kisah bermula pada satu malam yang riuh rendah dgn budak - budak main bungan api dan mercun bagai. Meriah giler kat lorong rumah sewa kami tu. Malam tu kami ada meeting persatuan. Jadi agak kelam kabut jugak lah sebab da lambat. Ni semua kes time buke puasa tadi masing - masing dok feeling lebih sampai terlupa kena gerak g kampus malam tu. Bila semua da siap, mai pun ready lah kat luar. Housie mai sorang lagi,NADIA merangkap driver tersohor kami da get ready dalam kereta. Bila nampak je nadia da gerak kereta, mai pun masuk lah kereta siap bagi salam lagi,,hehe. Tak memasal je malam tu mood ala - ala mak aji,camtu. Nadia pun gerak lah nak pegi kampus. Bila da nak sampai simpang nak seberang jalan tiba - tiba ada segerombolan adik - adik yang tadi tengah dok syok main mercun kat depan umah kami berlari - lari dan ada siap naik basikal kejar kereta kami. Nadia pun berhentilah. Time tu jugak,kawan mai,cik EZZAH call phone mai. Yang mai peliknya, satu kereta pun nak call ke?? Mai pun toleh lah seat belakang. Takde orang! Hahaha,,mai dah gelak sakan da sampai tak boleh nak bercakap. Dan dalam masa yang sama,adik yang tahan kami tadi tu cakap, "Akak,kawan akak tertinggal kat belakang!". Nadia pulak dengan takde rasa bersalah jawab, "Maner ader,semua kawan - kawan akak da pergi kampus". Adik tadi pulak tanya balik, "Abes yang kat belakang tu sape???". Hahaha..mai pun straight cakap kat nadia dengan gelak yang tak sudah lagi ni, "Diah,kita tertinggal Ezzah lah!". Nadia terkejut gila dan straight join gelak dengan mai. Dari simpang depan taman kitorang tu sampai lah depan umah nak pegi amek ezzah tu,kitorang gelak sakan lah!!hahaha. Mau tak nyer,1st time kitorang tertinggal member sendiri,,haha. Sampai je kat depan umah, kitorang tengok muka ezzah pun nak tergelak. Da macam ayam tercekik kapur tau! Walhal da nampak da muka ezzah yang bengang sebab kena tinggal. Hehe,,sorry lah kawan. Tadi dengar cam da masuk kereta, rupanya tak masuk lagi :P Sepanjang perjalanan nak pegi kampus malam tu kitorang gelak sakan.

Moral of the story, lain kali kalau naik kereta buat checklist name dulu ye. Dan jangan lupa untuk check sekali seat belakang kalau member tu da memang selalu dok belakang,,Apa yang jadi hari tu memang kitorang semua akan ingat sampai bila - bila. Sampai sekarang pun,kalau teringat cerita tu, confirm rasa nak tergelak giler - giler :) Ezzah xmau marah - marah na!!hahaha. Itu lah antara kenangan terindah antara kami serumah :)

BTW,really hope this bonding will be forever and ever last :) sayang korang semua. Dan yang paling mai sayang mestilah ORANG YANG KENA TINGGAL tu,,hehe. Ok,GTG! Lepas ni nak gerak pegi beli baju raya dgn buahaty mai,my sugarpie. Jalan sakan lah satu hari ni. Tema mai satu keluarga tahun ni,"PUTIH,sucikan hatimu"..siap ada trademark lagi,,hehe. Take care semua dan semoga ramadhan kali ini membawa seribu barakah pada semua :)

Thursday, August 25, 2011

PERSONAL TASTE





Assalamualaikum ! Holla!

Hari ni nak update penangan satu movie korea ni kat mai. Tajuk cerita ni, "Personal Taste". Movie ni best sangat plus dgn hero and heroin yang sweet and very good looking tau!. Walhal cerita ni da berabad tau keluar,mai je yang baru tau,,hehe. Housie semua dok cakap yang mai ketinggalan zaman,,hehe. Tapi peduli apa!cerita ni memang best. Jalan cerita dia bagi mai sangat menarik dgn lagu tema




yang memang boleh buat meleleh air mata lah bila sampai part - part scene sedih tu. Aiseyh,drama sangat mai ni kan. Kalu bercerita boleh pecah panggung!hehe. Memang susah nak dapat seorang lelaki yang memahami yang cukup kental tangani konflik hidup dan dalam masa yang sama cukup supportive.

Bak kata orang,dalam movie memang lah semua tu ada, tapi tak salah lau berangan kan??hihi. Siapa tau angan - angan jadi kenyataan,, Untung badan siapa yang dapat. Nampak tak,main point mai update blog cuma nak cerita kat korang betapa hensemnyer hero cerita ni,.haha,,takde lah!just kidding!! :P Heroin dia pun seorang yang sincere in relationship dan sangat setia pada orang yang dia sayang. Cuma tak pandai pertahankan diri dan hak sendiri. Ok lah sampai sini dulu mai dapat update. Cuma nak say sorry kat semua peeps sebab lama tak dapat update sebab busy dgn program dan research untuk final year. BTW, doakan team mai success for our research ye! Thanx a lot guys!


Thursday, August 4, 2011

NOITE DE' MIL ESTRELLA


Assalamualaikum! Holla!
Lama sungguh tak update blog..sorry to all my peeps. A lil buzy wif my bundle of assigment and our final year research this semester. Mesti korang tertanye - tanye kan apa "Noite De' Mil Estrella" tu. Benda alah yang cam pelik sikit namenye tu maksud die, Malam Seribu Bintang. Ni sebenarnye Grand Dinner Persatuan Diploma Sains or sinkof die "SCISIS" ( Society of Science) dan juga merangkap peletakan jawatankuasa kami yang senior - senior ni yang da tak larat da nak berprogram. Nak fokus study pulak lepas ni. Aiseyh!ayat drama sangat!haha. Takdelah,bagi lah adik - adik lak yang go on dgn persatuan kami ni. Setelah hampir 5 semester senior kamu yang komitmen melampaui batas ni buat keje,now it's turn to all of you to take this respons
ibility okay? :) Kami semua percaya yang adik - adik kami ni memang hebat and akan dapat buat yang lebih baik dari kami. InsyaALLAh :)
Dinner ni telah berlangsung dgn jayanya kat Hotel Melang Inn,Kuala Pilah. Alhamdulillah semua yang dirancang telah berjalan dgn sebaik - baiknya. Big claps to our junior! Tema dinner malam tu by color, which are black,red and white. Sangat elegan tema ni. Kalu tak caye,nanti tengok pic kat bawah. Malam tu,host utk dinner tak lain dan tak bukan, Pak Cik Parid Pisher,,hehe. * mengamuk dier lau tau Mai tulis name die cam ni* dan seorang lagi adik manis Ain,yang jadi host bersama. Happening malam tu dgn lucky call and cabutan bertuah. Sape2 yang bertuah malam tu,congaratulations!!hehe. Mai pun ade try for lucky call,but not so lucky to get the prizes :)
Ok lah,let all the pictures tell you how grand and happening our events! :)

With Adik,Mr. & Miss MC of the night!

Wonder Girls in da houze!

Capture Moment on red carpet

smile :)

We're SENIORS!!!

VIP's Group

They are "HAPFENING",,hehe

Biology's Course!

SCISIS Band




Wednesday, July 6, 2011

EAGER TO MAKE MACARONS!!



Assalamualaikum.! Holla!
Korang pernah tak makan macaron tak? Benda alah ape lah m
acaron tu kan?hehe. Mesti ramai jugak yang tak tau macam mai kan. Sebenarnya mai pun tak pernah makan tapi teringin giler nak rase macaron ni. Tengok pic yang kat atas tu,,yummy and delicious kan?
Dari apa yang mai search pasal macaron ni,asal usul dia kudap - kudap orang Perancis. Basic ingredients macaron ni ground almond,gula caster dan putih telur. Dan yang buat nampak lagi menarik sebab macaron ni macam sandwich,kita apit dgn inti dia kat tengah - tengah. Plus warna dan bentuk macaron ni pun sangat comel. COLORFUL! :) Just like cuppies! * eeii,,tulis ni pun da rasa terliur tau! Bila lah nak dapat rasa yang real punyer!!! A
da sape - sape yang nak treat tak? Memang tengah mengidam ni..hehe. Mid term break ni memang eager nak carik tempat yang jual THE BEST MACARONS EVER la! Lepas ni mai nak belajar buat macaron ni sendiri lah. Alang - alang kat rumah sewa kami sekarang Kak alea ada bawak oven,boleh lah tumpang sekaki dua,,hehe. Mai ada amek beberapa gambar dari Google yang boleh bagi kawan - kawan semua the real view of my DREAM MACARONS,,hehe.
Enjoy the picture and wish me luck on my way on learning how to make MACARONS! :p
















p/s : kalau ada sape - sape tau tempat yang jual macaron sedap,let me know ye! :)



Monday, July 4, 2011

MOMENT TO REMEMBER : BROGA HILLS Parts 1



Assalamualaikum ! Hola!
Mai ari ni nak citer experience naik broga hillss last 2 weeks :) Best sangat - sangat!dah berkurun pergi baru nak ost,,haha! kitorang naik satu group lebih kurang 10 orang camtu. Kami semua gerak dari kuala pilah,our sweet hometown,,haha. *sweet lah sangat*! Trip nak pergi Broga ni sebenanyer da rancang lama,tapi baru sekarang buat sebab rancang dulu nak pergi time cuti sem,tapi banyak sangat perkara - perkara yang menghalang.
Kami konvoi dari Kuala Pilah 3 kereta. Start gerak pukul 3.30 pagi. Style kan?? :) Yang join trip ni, Amir Afiq,Kak Alea,Ameer Zhariff,Me,Amira,AqelEsyam,Mirul,Wan & Nad. Sangat excited time nak gerak ni. Masing - masing dok mengomel sebab tak nak pak cik driver ngantuk,,hehe. Sampai kat Broga Hills tu dalam pukul 5 pagi. Masing - masing excited gile sampai jadi huru - hara jap keadaan,,hihi. After barang yang nak bawak semua da siap pack,kitorang wat exercise skit. Sangat happy sebab da lamer teringin nak hiking,akhirnya dapat jugak! sebab sebelum ni kena pantang dari wat sukan extreme :(
Macam -macam jadi within nak sampai puncak tu. Paling kesian dekat Amira lah,,Siap dia leh kater,"ni lah perkara paling teruk pernah aku buat dalam hidup aku",,haha. Sebenarnyer tak teruk pun. Mira jadi cam tu sebab dia memang jarang and sangat kurang buat aktiviti cam kitorang ni.Lawak tol Mira ni! Mase dah nak dekat sampai puncak,mira tiba - tiba pulak give up,,Jadi kami semua pun motivate lah dia sampai dia energise balik nak hike,,Lebih kurang pukul 6 camtu,,kami pun sampai kat puncak!yeah alhamdulillah :) rasa macam nak menangis tau mase tengok view kat atas tu. Indah sungguh ciptaan Illahi :)
Ni baru part 1,banyak lagi nak story kat korang. Wait and see k. Picture pun banyak lagi nak sumbat ni,,hihi.
okay,dear peeps!GTG!
take care everybody!! :)



wat streching dulu sebelum naik :)


begin for hiking!



struggle to the peak of Broga Hills



Subhanallah,sangat cantik kan view kat atas puncak












Monday, June 13, 2011

SPIDER WEB!


Assalamualaikum! Holla!
Bersawang sudah blog saya ni!huhu..rasanya berzaman dah tak blogging. Sangat rindu sangat kat blog ni. Sampai nak taip pun da rasa kekok da sebab dah lamer sangat tak menaip kat lappy ni. Bukan blog jer bersawang,plus dgn lappy berhabuk sakan sekali,,hehe. Selamat lah broadband rosak time cuti tu,kalau tak rosak,confirm mai addicted giler dgn blogging and my social networking!hehe. Cuti semester lepas jugak sangat buzy dgn seribu macam perkara and i had a great moment during that break. Memang cuti kali ni sangat - sangat happening sebab dapat spend time dgn orang yang tersayang dan kawan - kawan yang gila - gila. Dan alhamdulillah,saya dapat keputusan yang baik utk semester lepas. :) Syukur sangat - sangat. * ni ayat selepas kena brainwash dgn Ameer Zhariff..hehe..kalau tak,memang tak habis - habis blame diri sendiri sebab tak dapat macam yang target,, :) *
Ok dear,GTG!nanti saya sambung lagi ye. Sekarang ni nak pegi siapkan research proposal utk LAB BIO saya!
Semester ni sangat best sebab dapat buat research tentang diversity. Excited giler ni!hehe..Selamat tak giler lagi :P
Take care everyone! :)

Thursday, April 14, 2011

ADA FIKIR PERASAAN ORANG TAK?

Assalamualaikum! Holla

Kadang – kadang bila kita cakap,kita tak sedar kan yang kita boleh buat orang sakit hati. Cakap ikut sedap mulut. Dan yang paling sakit,bila kita cakap dgn orang tu,orang tu boleh pulak buat dek. Dari pengalaman sendiri,dah memang selalu dah kena macam tu. Masa mula – mula kena dulu,memang terasa sangat,lame – lame bila dah selalu sangat orang wat camtu kat kita, kita pun jadi malas nak amek port..hehe. Dalam masa yang sama,sedih jugak sebab tak tahu kenape diorang buat macam tu kat kita. Kalau kita ada buat silap,bagi lah tau. Tak salah pun kalau jujur kan? Lagi bagus sebenarnya tau. Lagipun, orang sekeliling kita tu kan cermin utk diri kita. Cuba bayangkan kalau diri korang dalam situasi orang yang kena ignore tu. Sakit,tau tak?huhu.. Kalau saya,saya paling suka kalau orang jujur dgn saya. Walaupun kadang – kadang perkara tu pahit utk terima,tapi tu masa mula – mula jer. Dan lepas dah fikir betul – betul,everything will be fine ;) Dan saya paling menyampah sangat – sangat dgn orang yang memang hobi dia tarik muka 24/7 plus siap pakej dgn ignore orang. Huh! Tu memang tahap gaban punya HOT!hehe..Tapi sebenarnye biasa je,,lagi malas nak amek port pattern orang – orang macam ni,adalah! Sebab orang macam ni memang suka cari orang bila dia susah jer. Time tu,baru lah terkedek – kedek nak dok melekat dgn kita. Tapi,Alhamdulillah. Selama saya bergelar mahasiswi ni,saya dapat kawan – kawan yang supportive. Thanks dear! Sayang korang sangat –sangat. Jadi renung – renuungkanlah dan selamat bermuhasabah J Kita hidup dalam dunia ni takkan selamanya boleh berseorangan dan setiap perkara yang terjadi,ada hikmahnya.


Antara kawan - kawan yang SUPPORTIVE!!

Wednesday, April 6, 2011

NAK TEGUR MACAM MANA LAGI EK?

Assalamulaikum! Holla!
Dah macam - macam cara cuba. Tak tahu cara macam mana lagi nak buat. Mungkin sebab saya ni bajet bagus sangat kot. Sebab tu orang selalu ignore apa yang saya cakap. Memang saya suka merapu,,saya mengaku sangat. Tapi kadang - kadang apa yang saya cakap memang saya maksudkan. Takpelah.mungkin lain kali,ada yang akan perasan :)
Saya mengaku yang saya memang bermasalah dgn ramai orang. Jadi saya mintak maaf ye pada sesiapa yang pernah terasa hati dgn saya ye. Tapi sejujurnya,saya ni memang sensitif sikit orangnya.
Saya harap,InsyaALLAH nanti ada lah nanti perubahan. Saya pernah baca satu hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah yang menyatakan sabar itu tak pernah ada hadnya. Dan insyaALLAH,hadis itu berjaya mengukuhkan lagi kesabaran saya hingga kini :) Alhamdulillah.. Mama selalu pesan,biarlah orang buat seteruk mana pun kat kita,kita terima je dgn hati yang lapang dan jadikan itu panduan utk masa akan dtg. Sebaiknya,kita balas orang tu,dgn kebaikan :) Sebab tu saya sayang mama saya sangat -sangat sebab dia selalu support saya. Thanks MAMA! You are my STRENGTH! :)

Monday, March 28, 2011

PILLOW TALK

Assalamualaikum! Holla!
Dah lama sangat - sangat tak online. Buzy dgn TEST,KUIZ,ASSIGNMENT and pelbagai lagi lah..hehe. Rindu nak berceloteh kat sini. Tempat 'bermadu asmara' lah katekan,,hehe. Btw,within two weeks tak online ni,banyak sangat cerita yang nak kongsi dgn korang semua.
Juz nak kongsi sweet moment dgn kawan - kawan ahad lepas.' Kami ' buat PILLOW TALK. Dah lamer tak kongsi masalah dgn kawan- kawan. Memang relieves sangat bila dapat luahkan masalah dan dapat solutions sekali. Finally,we're back as family like our old time tegether. Bukan senang nak bina satu ikatan yang kukuh,tapi terlalu senang utk memutuskannya. Apa yang penting sekarang,kita jgn cepat melatah,dan ingatlah..seburuk mana pun sahabat kita,jangan sesekali kita buang dia :)

Wednesday, March 23, 2011

Labuhkanlah HIJABmu,sayang (PART 1)


Assalamualaikum!
Alhamdulillah,penilaian LAB CSC petang ni saya dapat markah yang sangat memuaskan. Puas hati dgn hasil kerja tangan sendiri. Hah!kali ni nak cerita sikit tentang AURAT WANITA. Nampak tak gambar kat atas tu? Cantikkan kan bila hijab ataupun lebih dikenali sebagai tudung,ataupun selendang dan tak kira lah apa pun yang boleh menutup mahkota wanita itu, dipakai sebagaimana yang disyariatkan oleh agama. Aurat yang sepatutnya hanya orang tertentu sahaja yang dapat tengok. makin bertambah cantik seseorang wanita itu,bila labuh hijabnya dan menutup dadanya.

bersambung..

p/s : suka sangat tengok orang yang pakai tudung labuh. Sejuk mata memandang :)


Monday, March 14, 2011

TAG YANG DAH BERKURUN LAMA

Assalamualaikum! Holla!
hehe.,,sebenarnya dah lama WANI bagi tag ni,tapi Mai baru dapat peluang nak update blog. Sorry dear :( Btw,thanx for tagging me this! Sweet of u :)

A - AVAILABLE
AVAILABLE only for my loveS :)

B- BIRTHDAY
8th April 1991,,remember!

C-CRUSHING ON
unique and sweet thing,,even people..hehe

D- DRINK YOU LAST HAD:
mineral water :)

E- EASIEST PERSON TO TALK TO:
Ameer Zhariff because he understand me !

F- FAVORITE SONG:
Purest Of Pain..for now :)

G- GUMMY BEARS OR GUMMY WORMS:
NOPE for both!

I- IN LOVE WITH:
Ameer Zhariff Abdullah :)

K- KILLED SOMEONE:
someone not yet,something yes..like flies!hehe

L- LONGEST CAR RIDE:
10 hours..sleep all the way.. :)

M- MILKSHAKE FLAVOR:
Choc mix with Vanila..

N- NUMBER OF SIBLINGS:
three

O- ONE WISH:
could make everyone happy for one day :)

P- PERSON YOU CALLED LAST:
my mother :)


R- REASON TO SMILE:
no reason because i love to smile :)

S- SONG YOU LAST SANG:
Purest Of Pain
T-TIME YOU WOKE UP:
6 o'clock! my routine :)

U- UNDERWEAR COLOUR:
NO WAY!!

V- VEGETABLE(S):
i love all of them!

X- X-RAYS YOU'VE HAD:
last 2 years :0

Y- YOYOS ARE:
something that round,,hehe

Z- ZODIAC SIGN:
Aries :)