this is my life story

Pages

Jom Klik!

Monday, October 24, 2011

MAKAN SUSHI,OTAK BERULAT


Assalamualaikum kawan - kawan!

Mai nak kongsi satu fakta yang menarik ni. Tapi kesahihannya belum dapat dipastikan. Da tengok gambar kat atas tu kan? Ini ceritanya :) Kejadian ni berlaku di Jepun. Akibat dari makan sushi dan sashimi iaitu ikan mentah, gurita, udang mentah dan macam - macam yang mentah lagi lah pak cik yang bernama Shota Fujiwawara yang berusia hampir 80 tahun telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah hilang kemampuan psokomotoricnya. Rupa - rupanya,setelah menjalani ujian CT- scan dan X-ray, doktor telah menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih di luar tempurung otak.

Ulat yang ditemui dalam otak pak cik Shota berasal dari parasit yang selalunya ada kat ikan mentah, ikan laut, atau pun ikan tawar. Ulat parasit dan telur ikan ini hanya boleh dimatikan melalui proses pemasakan dengan suhu yang tinggi samada digoreng,dipanggang, direbus didih atau dengan pembekuan 10 degree ke atas.

Jadi kepada semua peminat - peminat sushi,lepas ni anda semua kena lah berhati - hati. Kalau nak lagi selamat, buat sushi sendiri :) Mai pun on the way nak buat sushi sendiri ni. nanti bila da jadi, mai kongsi resipi dan tips dengan semua kawan - kawan ye. Sebab mai pun sangat suka sushi! :) Kita jadikan kejadian ni sebagai panduan supaya kita lebih berhati - hati. Okay , got to go!! See all of you later :)






0 buddies in the house!: