this is my life story

Pages

Jom Klik!

Thursday, October 20, 2011

MUET OH MUET



Assalamualaikum! Holla to all my peeps!

Missing me??hehe,,Sorry lamer tak update blog sebab busy dgn final exam dan program yang berduyun sana - sini. Btw, belum terlambat lagi kan kalau mai nak ucapkan all the best untuk semua candidate MUET utk tahun ni. Tahun ni mai pun amek MUET jugak. Mai amek MUET semester ni pun sebab preparation if result for this semester is not so good , i'll keep trying for next semester besides I know already how this examination been proceed! :) Amacam? mai straight terus speaking ni,,hehe. Alang - alang da tulis entry pasal MUET ni,jadi mai nak bagi info sikit pasal MUET ni. MUET ni singkatan untuk ' Malaysia University English Test' . Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ia turut diterima sesetengah universiti di Singapura.Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.Ujian ini diadakan 2 kali setahun. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai.


Syarat kemasukan :
Calon ujian ini hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi masing-masing. Bagi calon persendirian dan calon lain, mereka boleh membuat pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana pejabatJabatan Pendidikan Negeri (JPN). Borang pendaftaran boleh diperoleh di JPN dengan harga RM2.00 satu set. Yuran ujian pula ialah sebanyak RM 50.00. Terdapat juga sebuah buku yang mengandungi peraturan dan skema ujian, sukatan pelajaran dan soalan contoh diterbitkan dan boleh dibeli oleh calon.


Ujian ini ditawarkan kepada calon yang telah menduduki mana-mana satu daripada yang berikut:

~ Sijil Pelajaran Malaysia ~
~ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional ~
~ Malaysia Certificate of Education ~
~ Federation of Malaya Certificate of Education ~
~ Cambrige School Certificate ~
~ Pendidikan selama 10 tahun yang setaraf dengan O-Level ~


Calon yang telah menduduki peperiksaan selain daripada yang disenaraikan di atas perlu terlebih dahulu memperoleh kebenaran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Komponen ujian :


800/1 - Listening
800/2 - Speaking
800/3 - Reading Comprehension
800/4 - Writing


Markah maksimum bagi setiap komponen ialah 45 untuk Listening dan Speaking, 135 untuk Reading Comprehension dan 75 untuk Writing, menjadikan jumlah keseluruhan 300 markah. Markah calon kemudian akan dibahagikan kepada 6 jalur gred, dengan Jalur 6 yang tertinggi dan Jalur 1 terendah.

Hah!Amacam??okay tak info yang mai bagi tentang MUET ni? Mai harap dapat bantu kawan - kawan yang sama - sama bakal menduduki MUET tahun ini dengan info berkaitan dengan MUET ni.Last but not least, even MUET look easy because English language is one of the commonly language we use in our daily, but it could be hard when it turns to examination. Believe me, all of us still need exercises to improve our English Language! All the best guys!! Chaiyok2!!

sumber gambar : google.com

0 buddies in the house!: