this is my life story

Pages

Jom Klik!

Monday, December 12, 2011

TRULY NGHTMARE!



Assalamualaikum semua!
Minggu lepas mai balik rumah ibu angkat mai kat Klang. Sebenarnya memang nak hadkan aktiviti "PBSM" ( Persatuan Balik Setiap Minggu) semester ni, tapi disebabkan da berkurun tak jumpa ibu, jadi pulang juga minggu ni. :) Main point kepulangan kali ni sebab birthday Adik Mirul. Happy Belated Birthday Adik Mirul even da wish banyak kali da ari tu,,hehe. Sepatutnya balik dgn Kak Ada. Tapi Kak Ada tiba - tiba ada presentation, jadi mai balik sorang je lah.
Nak dijadikan cerita, semalam mai balik sendiri. Naik KTM dari Klang sampai lah Seremban. Adegan mimpi buruk ni bermula dalam bas yang menghala ke Kuala Pilah. Mula - mula mai dapat tempat duduk. Baru je cadang nak bagi pompuan duduk sebelah mai, tiba - tiba ada sorang Mat Bangla datang duduk dengan selambanya .By the first 10 minutes, nothing happen dan Mat Bangla tadi sibuk dok sembang dgn kaum sebangsa dia yang duduk kat belakang seat mai je. Dengan bau dia yang 'semerbak' tahan je lah yang mampu. Tapi, tiba - tiba mai rasa ada benda merayap kat belakang badan mai. Perghh!rupa - rupanya tangan Mat Bangla yang sengal tadi tu. Apa lagi, mai terus bangun dan marah dia. Semua orang dok usha je Mat Bangla tu sampai sudah. Padan muka! Silap orang lah yang ko usik ni,,huhu.
Ingatkan da habis lah scene - scene menderau jiwa ni. Ada lagi. Tapi yang ni scene 'Ombak Rindu' pulak. Mai cakap macam tu sebab mase mai berdiri pulak, keliling mai yang duduk semuanya couple. Tak kesah lah bab duduk berdua - dua dan sweet together tu. *Tu hal korang,kesah pulak aku kan*. Yang tak sedap nak tengok tu ialah, adegan cium - cium pipi dan peluk - peluk tu. Agak - agak lah! Ni public kot. Takkan lah tak boleh nak hormat orang sekeliling. Yang pompuan tu pulak, memang merelakan je semua yang lelaki tu buat. Langsung takde rasa malu agaknya. Dan yang paling memalukan ialah yang buat semua tu budak UiTM mai sendiri. Segan sangat - sangat bila orang luar tengok perangai orang muda macam tu. Dalam masa yang sama, mai sendiri ambil pengajaran supaya tak lakukan perkara - perkara macam tu. :)
Mai harap sangat - sangat janganlah ada kawan - kawan mai yang macam ni ye. Sangat memalukan. Bayangkan kalau nanti bila kita ada anak, anak kita buat macam tu juga. Btw, lepas ni mai memang da fobia nak naik bas,,huhu. Bukan sebab bas tu bawak macam nak hantar orang pergi kubur, tapi sebab adegan - adegan panas ni.
Take care semua!

You got me, right where you want me ;
siti maizurah ismail

0 buddies in the house!: