Bangun pagi - pagi tadi terus serbu miss lappy. Nak tahu apa cerita Kuala Pilah. Air da naik ke ? Siapa tak risau kalau air naik. Dari semalam berita pasal banjir tak putus - putus keluar. Berita terakhir yang saya dengar Melaka da mula naik air. Pagi ni sahaja, berita pagi melaporkan di Johor,telah ada dua mangsa yang terkorban disebabkan terperangkap dalam kenderaan sendiri ketika banjir dan tidak dapat diselamatkan kerana arus kuat. Ya Allah,kesian kan bila seseorang tu terpaksa berdepan dengan ajal dlm keadaan bencana alam macam ni. Semoga segalanya akan beransur pulih seperti biasa lepas ni. InsyaALLAH. Berita lanjut anda boleh dapatkan di Berita Harian Online dan Harian Metro.
0 buddies in the house!:
Post a Comment