this is my life story

Pages

Jom Klik!

Monday, December 27, 2010

15 Disember 2010


Tarikh yang amat memilukan buat kami yang pernah sama – sama menuntut ilmu di bumi SAMER. Pemergian sahabat kami, Syukri bin Ali ke rahmatullah amat mengejutkan dan tidak disangka – sangka. Seorang yang ceria, susah sangat – sangat nak nampak dia sedih, selalu berkepit dgn Apek dan macam adik beradik da, suka melawak, pandai pulak tu. Kire pakej lah. Rindu gelak tawa dia. Last sekali jumpa arwah, tyme kat umah Anoi, raya tahun lepas kalau tak salah. Sekarang..segalanya hanya tinggal kenangan antara kami.

Arwah accident. Dari cerita yang saya dengar, arwah dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Arwah naik motor. Tiba di Jalan Tun Sambathan, arwah elak sebuah kereta MyVi , terseret dan terlanggar divider. Arwah masih bernafas selepas pelanggaran itu. Keluarga arwah pun sempat tiba di tempat kejadian. Ambulans dtg tak lama lepas tu. Orang ramai tak berani angkat arwah. Takut nanti bila salah angkat, lain pula yang jadi. Dan sebelum sempat menaiki ambulans, arwah telah disahkan meninggal dunia. Saat sedih lagi pilu masa saya dan kawan – kawan di rumah arwah. Tersentap hati bila melihat ayah dan ibu arwah. Sampai hendak berdiri pun dipapah. Sayu juga hati kami bila adik arwah, Sarah, teresak – esak bila jawab panggilan abg dia dari Mesir. Saat menatap wajah arwah buat kali terakhir, mmg sedih sgt2. Even, setahun je kat SAMER tu, tapi banyak juga kenangan yang tercipta.

Sudah tertulis sejak azali, 10 Muharram ini, perginya seorang sahabat kami yang kami sayangi, kami redha dgn ketentuanMu Illahi. Engkau lebih menyayanginya. Semoga rohnya dicucuri rahmat Yang Esa. Pemergianmu satu kehilangan yang besar buat kami.




1 buddies in the house!:

Unknown said...

alfatihah untuk arwah syuk.