this is my life story

Pages

Jom Klik!

Thursday, October 20, 2011

MUET OH MUET



Assalamualaikum! Holla to all my peeps!

Missing me??hehe,,Sorry lamer tak update blog sebab busy dgn final exam dan program yang berduyun sana - sini. Btw, belum terlambat lagi kan kalau mai nak ucapkan all the best untuk semua candidate MUET utk tahun ni. Tahun ni mai pun amek MUET jugak. Mai amek MUET semester ni pun sebab preparation if result for this semester is not so good , i'll keep trying for next semester besides I know already how this examination been proceed! :) Amacam? mai straight terus speaking ni,,hehe. Alang - alang da tulis entry pasal MUET ni,jadi mai nak bagi info sikit pasal MUET ni. MUET ni singkatan untuk ' Malaysia University English Test' . Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ia turut diterima sesetengah universiti di Singapura.Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.Ujian ini diadakan 2 kali setahun. Pelajar boleh memilih sama ada hendak mengambil ujian ini pada pertengahan atau akhir tahun. Pendaftaran untuk ujian pertengahan tahun dibuka pada pertengahan bulan Januari dan ditutup pada awal bulan Februari, manakala pendaftaran untuk ujian akhir tahun pula dibuka pada awal bulan Mei dan ditutup pada awal bulan Julai.


Syarat kemasukan :
Calon ujian ini hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi masing-masing. Bagi calon persendirian dan calon lain, mereka boleh membuat pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana pejabatJabatan Pendidikan Negeri (JPN). Borang pendaftaran boleh diperoleh di JPN dengan harga RM2.00 satu set. Yuran ujian pula ialah sebanyak RM 50.00. Terdapat juga sebuah buku yang mengandungi peraturan dan skema ujian, sukatan pelajaran dan soalan contoh diterbitkan dan boleh dibeli oleh calon.


Ujian ini ditawarkan kepada calon yang telah menduduki mana-mana satu daripada yang berikut:

~ Sijil Pelajaran Malaysia ~
~ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional ~
~ Malaysia Certificate of Education ~
~ Federation of Malaya Certificate of Education ~
~ Cambrige School Certificate ~
~ Pendidikan selama 10 tahun yang setaraf dengan O-Level ~


Calon yang telah menduduki peperiksaan selain daripada yang disenaraikan di atas perlu terlebih dahulu memperoleh kebenaran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Komponen ujian :


800/1 - Listening
800/2 - Speaking
800/3 - Reading Comprehension
800/4 - Writing


Markah maksimum bagi setiap komponen ialah 45 untuk Listening dan Speaking, 135 untuk Reading Comprehension dan 75 untuk Writing, menjadikan jumlah keseluruhan 300 markah. Markah calon kemudian akan dibahagikan kepada 6 jalur gred, dengan Jalur 6 yang tertinggi dan Jalur 1 terendah.

Hah!Amacam??okay tak info yang mai bagi tentang MUET ni? Mai harap dapat bantu kawan - kawan yang sama - sama bakal menduduki MUET tahun ini dengan info berkaitan dengan MUET ni.Last but not least, even MUET look easy because English language is one of the commonly language we use in our daily, but it could be hard when it turns to examination. Believe me, all of us still need exercises to improve our English Language! All the best guys!! Chaiyok2!!

sumber gambar : google.com

Saturday, August 27, 2011

ALKISAH ORANG KENA TINGGAL!



Assalamualaikum! Holla!

Ni cerita beberapa hari sebelum kami semua nak balik cuti raya. Sebab tragedi ni lah kami makin alert,,hehe. Kisah bermula pada satu malam yang riuh rendah dgn budak - budak main bungan api dan mercun bagai. Meriah giler kat lorong rumah sewa kami tu. Malam tu kami ada meeting persatuan. Jadi agak kelam kabut jugak lah sebab da lambat. Ni semua kes time buke puasa tadi masing - masing dok feeling lebih sampai terlupa kena gerak g kampus malam tu. Bila semua da siap, mai pun ready lah kat luar. Housie mai sorang lagi,NADIA merangkap driver tersohor kami da get ready dalam kereta. Bila nampak je nadia da gerak kereta, mai pun masuk lah kereta siap bagi salam lagi,,hehe. Tak memasal je malam tu mood ala - ala mak aji,camtu. Nadia pun gerak lah nak pegi kampus. Bila da nak sampai simpang nak seberang jalan tiba - tiba ada segerombolan adik - adik yang tadi tengah dok syok main mercun kat depan umah kami berlari - lari dan ada siap naik basikal kejar kereta kami. Nadia pun berhentilah. Time tu jugak,kawan mai,cik EZZAH call phone mai. Yang mai peliknya, satu kereta pun nak call ke?? Mai pun toleh lah seat belakang. Takde orang! Hahaha,,mai dah gelak sakan da sampai tak boleh nak bercakap. Dan dalam masa yang sama,adik yang tahan kami tadi tu cakap, "Akak,kawan akak tertinggal kat belakang!". Nadia pulak dengan takde rasa bersalah jawab, "Maner ader,semua kawan - kawan akak da pergi kampus". Adik tadi pulak tanya balik, "Abes yang kat belakang tu sape???". Hahaha..mai pun straight cakap kat nadia dengan gelak yang tak sudah lagi ni, "Diah,kita tertinggal Ezzah lah!". Nadia terkejut gila dan straight join gelak dengan mai. Dari simpang depan taman kitorang tu sampai lah depan umah nak pegi amek ezzah tu,kitorang gelak sakan lah!!hahaha. Mau tak nyer,1st time kitorang tertinggal member sendiri,,haha. Sampai je kat depan umah, kitorang tengok muka ezzah pun nak tergelak. Da macam ayam tercekik kapur tau! Walhal da nampak da muka ezzah yang bengang sebab kena tinggal. Hehe,,sorry lah kawan. Tadi dengar cam da masuk kereta, rupanya tak masuk lagi :P Sepanjang perjalanan nak pegi kampus malam tu kitorang gelak sakan.

Moral of the story, lain kali kalau naik kereta buat checklist name dulu ye. Dan jangan lupa untuk check sekali seat belakang kalau member tu da memang selalu dok belakang,,Apa yang jadi hari tu memang kitorang semua akan ingat sampai bila - bila. Sampai sekarang pun,kalau teringat cerita tu, confirm rasa nak tergelak giler - giler :) Ezzah xmau marah - marah na!!hahaha. Itu lah antara kenangan terindah antara kami serumah :)

BTW,really hope this bonding will be forever and ever last :) sayang korang semua. Dan yang paling mai sayang mestilah ORANG YANG KENA TINGGAL tu,,hehe. Ok,GTG! Lepas ni nak gerak pegi beli baju raya dgn buahaty mai,my sugarpie. Jalan sakan lah satu hari ni. Tema mai satu keluarga tahun ni,"PUTIH,sucikan hatimu"..siap ada trademark lagi,,hehe. Take care semua dan semoga ramadhan kali ini membawa seribu barakah pada semua :)

Thursday, August 25, 2011

PERSONAL TASTE





Assalamualaikum ! Holla!

Hari ni nak update penangan satu movie korea ni kat mai. Tajuk cerita ni, "Personal Taste". Movie ni best sangat plus dgn hero and heroin yang sweet and very good looking tau!. Walhal cerita ni da berabad tau keluar,mai je yang baru tau,,hehe. Housie semua dok cakap yang mai ketinggalan zaman,,hehe. Tapi peduli apa!cerita ni memang best. Jalan cerita dia bagi mai sangat menarik dgn lagu tema




yang memang boleh buat meleleh air mata lah bila sampai part - part scene sedih tu. Aiseyh,drama sangat mai ni kan. Kalu bercerita boleh pecah panggung!hehe. Memang susah nak dapat seorang lelaki yang memahami yang cukup kental tangani konflik hidup dan dalam masa yang sama cukup supportive.

Bak kata orang,dalam movie memang lah semua tu ada, tapi tak salah lau berangan kan??hihi. Siapa tau angan - angan jadi kenyataan,, Untung badan siapa yang dapat. Nampak tak,main point mai update blog cuma nak cerita kat korang betapa hensemnyer hero cerita ni,.haha,,takde lah!just kidding!! :P Heroin dia pun seorang yang sincere in relationship dan sangat setia pada orang yang dia sayang. Cuma tak pandai pertahankan diri dan hak sendiri. Ok lah sampai sini dulu mai dapat update. Cuma nak say sorry kat semua peeps sebab lama tak dapat update sebab busy dgn program dan research untuk final year. BTW, doakan team mai success for our research ye! Thanx a lot guys!


Thursday, August 4, 2011

NOITE DE' MIL ESTRELLA


Assalamualaikum! Holla!
Lama sungguh tak update blog..sorry to all my peeps. A lil buzy wif my bundle of assigment and our final year research this semester. Mesti korang tertanye - tanye kan apa "Noite De' Mil Estrella" tu. Benda alah yang cam pelik sikit namenye tu maksud die, Malam Seribu Bintang. Ni sebenarnye Grand Dinner Persatuan Diploma Sains or sinkof die "SCISIS" ( Society of Science) dan juga merangkap peletakan jawatankuasa kami yang senior - senior ni yang da tak larat da nak berprogram. Nak fokus study pulak lepas ni. Aiseyh!ayat drama sangat!haha. Takdelah,bagi lah adik - adik lak yang go on dgn persatuan kami ni. Setelah hampir 5 semester senior kamu yang komitmen melampaui batas ni buat keje,now it's turn to all of you to take this respons
ibility okay? :) Kami semua percaya yang adik - adik kami ni memang hebat and akan dapat buat yang lebih baik dari kami. InsyaALLAh :)
Dinner ni telah berlangsung dgn jayanya kat Hotel Melang Inn,Kuala Pilah. Alhamdulillah semua yang dirancang telah berjalan dgn sebaik - baiknya. Big claps to our junior! Tema dinner malam tu by color, which are black,red and white. Sangat elegan tema ni. Kalu tak caye,nanti tengok pic kat bawah. Malam tu,host utk dinner tak lain dan tak bukan, Pak Cik Parid Pisher,,hehe. * mengamuk dier lau tau Mai tulis name die cam ni* dan seorang lagi adik manis Ain,yang jadi host bersama. Happening malam tu dgn lucky call and cabutan bertuah. Sape2 yang bertuah malam tu,congaratulations!!hehe. Mai pun ade try for lucky call,but not so lucky to get the prizes :)
Ok lah,let all the pictures tell you how grand and happening our events! :)

With Adik,Mr. & Miss MC of the night!

Wonder Girls in da houze!

Capture Moment on red carpet

smile :)

We're SENIORS!!!

VIP's Group

They are "HAPFENING",,hehe

Biology's Course!

SCISIS Band




Wednesday, July 6, 2011

EAGER TO MAKE MACARONS!!



Assalamualaikum.! Holla!
Korang pernah tak makan macaron tak? Benda alah ape lah m
acaron tu kan?hehe. Mesti ramai jugak yang tak tau macam mai kan. Sebenarnya mai pun tak pernah makan tapi teringin giler nak rase macaron ni. Tengok pic yang kat atas tu,,yummy and delicious kan?
Dari apa yang mai search pasal macaron ni,asal usul dia kudap - kudap orang Perancis. Basic ingredients macaron ni ground almond,gula caster dan putih telur. Dan yang buat nampak lagi menarik sebab macaron ni macam sandwich,kita apit dgn inti dia kat tengah - tengah. Plus warna dan bentuk macaron ni pun sangat comel. COLORFUL! :) Just like cuppies! * eeii,,tulis ni pun da rasa terliur tau! Bila lah nak dapat rasa yang real punyer!!! A
da sape - sape yang nak treat tak? Memang tengah mengidam ni..hehe. Mid term break ni memang eager nak carik tempat yang jual THE BEST MACARONS EVER la! Lepas ni mai nak belajar buat macaron ni sendiri lah. Alang - alang kat rumah sewa kami sekarang Kak alea ada bawak oven,boleh lah tumpang sekaki dua,,hehe. Mai ada amek beberapa gambar dari Google yang boleh bagi kawan - kawan semua the real view of my DREAM MACARONS,,hehe.
Enjoy the picture and wish me luck on my way on learning how to make MACARONS! :p
















p/s : kalau ada sape - sape tau tempat yang jual macaron sedap,let me know ye! :)



Monday, July 4, 2011

MOMENT TO REMEMBER : BROGA HILLS Parts 1



Assalamualaikum ! Hola!
Mai ari ni nak citer experience naik broga hillss last 2 weeks :) Best sangat - sangat!dah berkurun pergi baru nak ost,,haha! kitorang naik satu group lebih kurang 10 orang camtu. Kami semua gerak dari kuala pilah,our sweet hometown,,haha. *sweet lah sangat*! Trip nak pergi Broga ni sebenanyer da rancang lama,tapi baru sekarang buat sebab rancang dulu nak pergi time cuti sem,tapi banyak sangat perkara - perkara yang menghalang.
Kami konvoi dari Kuala Pilah 3 kereta. Start gerak pukul 3.30 pagi. Style kan?? :) Yang join trip ni, Amir Afiq,Kak Alea,Ameer Zhariff,Me,Amira,AqelEsyam,Mirul,Wan & Nad. Sangat excited time nak gerak ni. Masing - masing dok mengomel sebab tak nak pak cik driver ngantuk,,hehe. Sampai kat Broga Hills tu dalam pukul 5 pagi. Masing - masing excited gile sampai jadi huru - hara jap keadaan,,hihi. After barang yang nak bawak semua da siap pack,kitorang wat exercise skit. Sangat happy sebab da lamer teringin nak hiking,akhirnya dapat jugak! sebab sebelum ni kena pantang dari wat sukan extreme :(
Macam -macam jadi within nak sampai puncak tu. Paling kesian dekat Amira lah,,Siap dia leh kater,"ni lah perkara paling teruk pernah aku buat dalam hidup aku",,haha. Sebenarnyer tak teruk pun. Mira jadi cam tu sebab dia memang jarang and sangat kurang buat aktiviti cam kitorang ni.Lawak tol Mira ni! Mase dah nak dekat sampai puncak,mira tiba - tiba pulak give up,,Jadi kami semua pun motivate lah dia sampai dia energise balik nak hike,,Lebih kurang pukul 6 camtu,,kami pun sampai kat puncak!yeah alhamdulillah :) rasa macam nak menangis tau mase tengok view kat atas tu. Indah sungguh ciptaan Illahi :)
Ni baru part 1,banyak lagi nak story kat korang. Wait and see k. Picture pun banyak lagi nak sumbat ni,,hihi.
okay,dear peeps!GTG!
take care everybody!! :)



wat streching dulu sebelum naik :)


begin for hiking!



struggle to the peak of Broga Hills



Subhanallah,sangat cantik kan view kat atas puncak












Monday, June 13, 2011

SPIDER WEB!


Assalamualaikum! Holla!
Bersawang sudah blog saya ni!huhu..rasanya berzaman dah tak blogging. Sangat rindu sangat kat blog ni. Sampai nak taip pun da rasa kekok da sebab dah lamer sangat tak menaip kat lappy ni. Bukan blog jer bersawang,plus dgn lappy berhabuk sakan sekali,,hehe. Selamat lah broadband rosak time cuti tu,kalau tak rosak,confirm mai addicted giler dgn blogging and my social networking!hehe. Cuti semester lepas jugak sangat buzy dgn seribu macam perkara and i had a great moment during that break. Memang cuti kali ni sangat - sangat happening sebab dapat spend time dgn orang yang tersayang dan kawan - kawan yang gila - gila. Dan alhamdulillah,saya dapat keputusan yang baik utk semester lepas. :) Syukur sangat - sangat. * ni ayat selepas kena brainwash dgn Ameer Zhariff..hehe..kalau tak,memang tak habis - habis blame diri sendiri sebab tak dapat macam yang target,, :) *
Ok dear,GTG!nanti saya sambung lagi ye. Sekarang ni nak pegi siapkan research proposal utk LAB BIO saya!
Semester ni sangat best sebab dapat buat research tentang diversity. Excited giler ni!hehe..Selamat tak giler lagi :P
Take care everyone! :)