this is my life story

Pages

Jom Klik!

Wednesday, November 10, 2010

do i have to change?



Perlu ke saya berubah? berubah jadi yang lebih baik itu bagus, tapi mungkin juga perubahan tu akan bawa kerosakan pada diri sendiri kalau salah caranya. Kadang – kadang bila dah selalu sangat ada dalam zon selesa, memang susah nak buat perubahan,kan? Walaupun perkara yang kita nak ubah dalam hidup tu, perkara positif yang memang bantu kita jadi lebih baik dari diri kita sekarang, tapi kalau seseorang tu bila da kuat berpegang dengan prinsip dia sendiri, memang akan tolak mentah – mentah perubahan dalam hidup dia.


Evolusi, reformasi dan hijrah. Semua tu sebenarnya perubahan. Cuma kita yang selalu tak ‘alert’ dengan perkataan- perkataan tu. Evolusi ni kalau nak dipendekkan cerita, perubahan – perubahan kecil je. Contoh macam cepatkan jam 30 minit awal. Kita buat macam tu supaya kita alert dan sentiasa bersedia kan? Kan da kira satu perubahan positif tu. Tak susah kan nak buat? Bila – bila masa pun boleh buat. Bukan takat cepatkan jam je, kalau tengah marah sekalipun, tapi kita pandai handle marah kita tu, kira evolusi jugak tau! Senang je kan? Perubahan kecil pun,kalau da selalu kita buat,lama- lama nanti, kita akan bersedia utk buat perubahan besar pulak.


Reformasi pulak lanjutan dari evolusi. Kira macam penambahan lah. Kita da cepatkan jam kan tadi? Jadi kita bangun awal, dapat siap awal nak pegi kuliah dan dapat buat macam – macam lagi perkara yang jarang kita dapat buat kalau kita bangun pagi lewat. Nampak tak melalui perubahan yang kecil boleh bantu kita utk berubah kpd perkara yang besar pulak. Reformasi ni jugak kira aplikasi dari apa yang kita belajar. Terdapat hadis Rasulullah yang menggesa umatnya supaya menuntut ilmu kerana dengan ilmu kita dapat meningkatkan muhasabah dalam diri masing – masing dan sebagai panduan hidup. Hadis Rasulullah itu bermaksud ;

”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke Syurga” (Hadis Riwayat Muslim)


Sejarah zaman Rasulullah, hijrah yang kita tahu, bila Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan tujuan nak sampaikan dakwah dan kembangkan agama Islam. Konsep hijrah tetap boleh kita buat sekarang tanpa perlu berhijrah ke tempat lain sekalipun. Hijrah diri sendiri lagi baik sebab kita boleh jadi ‘role model’ pada orang lain. Tapi hijrah tu mestilah ‘istiqamah’, barulah dapat pahala dan perubahan yg kita buat tu dapat dikekalkan. Jangan siap dgn pasang niat nak orang puji atau supaya nampak baik bila depan masyarakat. Kalau macam tu, da kira terpesong niat tu..huhu


Amacam? Da sedia ke nak berubah?saya OTW..tunggu FULL GREEN LIGHT baru betul – betul sedia ke arah perubahan yang agak berat bagi saya dlm hidup. Dan perubahan tu memerlukan banyak pergorbanan dan kekuatan mental dan fizikal..perubahan secara evolusi masih dlm ‘progress’..hehe.. doakan saya ye..! :P InsyaALLAH.. renung – renungkan dan selamat berfikir!



0 buddies in the house!: