the dulcenia

this is my life story

Pages

Jom Klik!

Friday, March 23, 2012

AKU, DIA & CEKODOK


Macam lawak je title kat atas tu kan? Korang semua mesti pernah makan cekodok kan. Tipu lah tak penah :P Apa cekodok paling sedap penah korang makan ? Kalau mai, cekodok orang mengamuk lah paling sedap!

Tapi main point blogging hari ni bukan sebab nak cite perisa cekodok ape paling sedap dan kenapa korang suka makan cekodok,,hehe. The truth is, pasal cekodok lah mai hilang sorang kawan dan da hampir 3 tahun kami berkawan. Dan buat pertama kali dalam hidup mai, mai langsung tak rasa terkesan dan rasa bersalah dgn apa yang jadi sebab sampai sekarang, mai tak tau apa salah mai pada dia. Yang buat mai lagi rasa tak bersalah sebab mai da mintak maaf kat dia, jadi terserah pada dia nak maafkan atau tidak. Tragedi cekodok ni jadi da lebih kurang dua minggu. Kalau mula – mula dulu memang sebok ni nak dok pikir – pikir hal ni tambah – tambah tengah final kan. Tapi sekarang, you just nothing to me. Takde dia dalam hidup mai, it’s better for me plus bukan dia yang bg mai duit utk study and life. My principle will always be, POSITIVE THINKING.

Fakta tentang manusia ni, kalau lelaki sama lelaki gaduh, within 5 minutes pun da boleh ok balik. But, when it’s turn to girl, things become complicated and even berpuluh tahun akan dtg pun belum tentu akan berbaik. That’s girl story! :P Susah jugak jadi girls ni kan?hehe. Bila masa – masa susah macam ni, kita akan dapat tengok siapa kawan, siapa lawan. Siapa yang menyokong dan siapa yang menyorong. Mungkin ramai yang akan cakap tak tahu. Tapi mai tak pernah pun mengharapkan respon pada orang lain bila mai bercerita pada orang. Thanks for all of you supporting words. That’s one of the reason thats make me feel better.

What goes around, comes around! I hold that words tightly. Mungkin sekarang jadi pada mai dan ujian pada mai time minggu final ni. Allah takkan bagi ujian pada hambaNYA melainkan hambaNYA layak utk menerima ujian tu. That’s all for today! My promise, i will do my best for my final :) Take care everybody and wish me all the best for my last 2 paper.

p/s : Tak perlu mengamuk kalau marah, take a deep breath and discuss. That’s better than everything :)

Tuesday, January 17, 2012

Save The Date | 14 January 2012

Assalamualaikum semua. :)
Hari ni memang mood baik sangat nak update blog. Dan dengan excitednya nak cerita pasal kawan mai yang baru je mendirikan bahtera perkahwinannya di awal usia muda - muda rente macam kita ni. Alhamdulillah, pada tarikh keramt 14 Januari 2012, bertempat di Bandar Sri Jempol, Ain telah diijabkabulkan. Happy sangat bila tengok dua mempelai disatukan. Dan tiba - tiba suasana dalam rumah jadi sebak bila ayah Ain melafazkan kata - kata penyerahan Ain kepada suami dia. Mai yang tengok ni pun da sebak tau! *tapi,mai memang sememeh pun,,haha* . Lagipun mai sorang je yang lepas masuk untuk tengok majlis tu. Kawan - kawan mai yang lain tersekat kat luar tak dapat masuk sebab da pack da kat dalam rumah masa upacara bertunang dan penikahan da nak berlangsung. Suka sangat suasana kat rumah Ain time tu sebab meriah tapi dalam keadaan sederhana. Mai ada letak beberapa gambar yang sempat kitorang snap dgn Ain :)



Inilah rombongan ' Cik Kiah' yang datang majlis Ain

Candid time ! :P

Kami doakan semoga Ain dan suami akan menjalani kehidupan berumah tangga dgn harmoni dan sejahteranya. Jadilah isteri yang menjadi benteng keaiban suami, InsyaALLAH. Sebok cerita pasal orang, tapi turn saya memang lambat lagi,,,hehe. Tunggu kawan - kawan habiskan round dulu rasanya. Malas nak pikir dulu sebab banyak lagi yang nak hadap akan datang. BTW, selamat pengantin baru mai ucapkan buat kaklong Ain dan suami. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. InsyaALLAH, Aminn :)



Monday, December 12, 2011

TRULY NGHTMARE!



Assalamualaikum semua!
Minggu lepas mai balik rumah ibu angkat mai kat Klang. Sebenarnya memang nak hadkan aktiviti "PBSM" ( Persatuan Balik Setiap Minggu) semester ni, tapi disebabkan da berkurun tak jumpa ibu, jadi pulang juga minggu ni. :) Main point kepulangan kali ni sebab birthday Adik Mirul. Happy Belated Birthday Adik Mirul even da wish banyak kali da ari tu,,hehe. Sepatutnya balik dgn Kak Ada. Tapi Kak Ada tiba - tiba ada presentation, jadi mai balik sorang je lah.
Nak dijadikan cerita, semalam mai balik sendiri. Naik KTM dari Klang sampai lah Seremban. Adegan mimpi buruk ni bermula dalam bas yang menghala ke Kuala Pilah. Mula - mula mai dapat tempat duduk. Baru je cadang nak bagi pompuan duduk sebelah mai, tiba - tiba ada sorang Mat Bangla datang duduk dengan selambanya .By the first 10 minutes, nothing happen dan Mat Bangla tadi sibuk dok sembang dgn kaum sebangsa dia yang duduk kat belakang seat mai je. Dengan bau dia yang 'semerbak' tahan je lah yang mampu. Tapi, tiba - tiba mai rasa ada benda merayap kat belakang badan mai. Perghh!rupa - rupanya tangan Mat Bangla yang sengal tadi tu. Apa lagi, mai terus bangun dan marah dia. Semua orang dok usha je Mat Bangla tu sampai sudah. Padan muka! Silap orang lah yang ko usik ni,,huhu.
Ingatkan da habis lah scene - scene menderau jiwa ni. Ada lagi. Tapi yang ni scene 'Ombak Rindu' pulak. Mai cakap macam tu sebab mase mai berdiri pulak, keliling mai yang duduk semuanya couple. Tak kesah lah bab duduk berdua - dua dan sweet together tu. *Tu hal korang,kesah pulak aku kan*. Yang tak sedap nak tengok tu ialah, adegan cium - cium pipi dan peluk - peluk tu. Agak - agak lah! Ni public kot. Takkan lah tak boleh nak hormat orang sekeliling. Yang pompuan tu pulak, memang merelakan je semua yang lelaki tu buat. Langsung takde rasa malu agaknya. Dan yang paling memalukan ialah yang buat semua tu budak UiTM mai sendiri. Segan sangat - sangat bila orang luar tengok perangai orang muda macam tu. Dalam masa yang sama, mai sendiri ambil pengajaran supaya tak lakukan perkara - perkara macam tu. :)
Mai harap sangat - sangat janganlah ada kawan - kawan mai yang macam ni ye. Sangat memalukan. Bayangkan kalau nanti bila kita ada anak, anak kita buat macam tu juga. Btw, lepas ni mai memang da fobia nak naik bas,,huhu. Bukan sebab bas tu bawak macam nak hantar orang pergi kubur, tapi sebab adegan - adegan panas ni.
Take care semua!

You got me, right where you want me ;
siti maizurah ismail

Thursday, December 8, 2011

MY NEW HOUSIE :)


Assalamualaikum :)
Semester ni mai ada housie baru merangkap roomate baru mai jugak. :) Selepas Kak Alea meninggalkan kami bagi meneruskan misi praktikal dia, rumah tu da jadi sunyi sikit. Tak macam selalu, haru biru kami satu rumah. Gelak sakan dari pagi sampai ke malam,,hehe. Itulah life student. Bila kat kampus memang da confirm serabut otak dok pikirkan assigment, test dan kuiz bagai yang dok berderet tunggu turn green light je. Jadi bila sampai rumah,semua benda yang jadi kat kampus dok kumpul jadi bahan gelak. :) Housemate baru mai oalah Amira & Leha. Duduk dgn diorang memang best. Kami semua da kenal lama sebab dari part 3 da sekelas. Leha dgn habit yang suka kerut dahi dan Mira dgn perangai dia yang gelak tak nak sakan pulak,,hehe. Btw, rumah pun da kembali havoc cam dulu. Special for Kak Alea, even Kak Alea dah jauh nun di Perak, but we still remember you and love you,sis! :) Take care and all the best for your practical :)

NEW SEMESTER,NEW SPIRIT


Assalamualaikum semua! Dan for non - muslim, Holla! :)
Mai da lama tak update blog. Bukan ape,busy sikit dgn assigment dan tutor yang makin menggunung,,tak kurang jugak dengan kuiz - kuiz yang dari minggu 1st da datang bertandang. Semester kali ni, its my last semester! But to get through this semester, i need to get in my dean list for my graduation. :) InsyaALLAH,hasil struggle yang tak berapa nak gempak last sem, makin yakin dgn life Diploma ni. Dan pegang kuat kata - kata Miss Jaa yang sekarang da sambung study in Master kat UTM kalau tak salah, dia ada pesan, " Kalau Allah tak bagi kita berjaya sekarang, itu maksudnya Dia simpan kejayaan kita untuk akan datang dan mungkin kalau kita berjaya sekarang, kita akan bangga diri" . Really meaningfull! Thanks to Miss Jaa yang sudi ajar kami, budak - budak nakal ni selama 3 semeseter berturut - turut. Okay guys,wish me all the best for my final semester! All to best to all of you too!! :)

Monday, October 24, 2011

MAKAN SUSHI,OTAK BERULAT


Assalamualaikum kawan - kawan!

Mai nak kongsi satu fakta yang menarik ni. Tapi kesahihannya belum dapat dipastikan. Da tengok gambar kat atas tu kan? Ini ceritanya :) Kejadian ni berlaku di Jepun. Akibat dari makan sushi dan sashimi iaitu ikan mentah, gurita, udang mentah dan macam - macam yang mentah lagi lah pak cik yang bernama Shota Fujiwawara yang berusia hampir 80 tahun telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah hilang kemampuan psokomotoricnya. Rupa - rupanya,setelah menjalani ujian CT- scan dan X-ray, doktor telah menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih di luar tempurung otak.

Ulat yang ditemui dalam otak pak cik Shota berasal dari parasit yang selalunya ada kat ikan mentah, ikan laut, atau pun ikan tawar. Ulat parasit dan telur ikan ini hanya boleh dimatikan melalui proses pemasakan dengan suhu yang tinggi samada digoreng,dipanggang, direbus didih atau dengan pembekuan 10 degree ke atas.

Jadi kepada semua peminat - peminat sushi,lepas ni anda semua kena lah berhati - hati. Kalau nak lagi selamat, buat sushi sendiri :) Mai pun on the way nak buat sushi sendiri ni. nanti bila da jadi, mai kongsi resipi dan tips dengan semua kawan - kawan ye. Sebab mai pun sangat suka sushi! :) Kita jadikan kejadian ni sebagai panduan supaya kita lebih berhati - hati. Okay , got to go!! See all of you later :)






Thursday, October 20, 2011

SHIMINO, JAPANESE CREPES


Assalamualaikum! Holla my dear peeps!
Tema hidup mai hari ni ialah makan!hehe. For you guys infomation, mai memang mengaku yang mai kuat makan dan suka sangat cuba benda - benda baru, and especially mestilah makanan kan,hehe.. Dan selalunyer dapat buat food trial ni bila keluar dengan buahaty sebab die pun geng ngan mai bab makan - makan ni plus dia je yang rajin melayan perangai mai yang da memang terbukti kuat makan. Sebab tu lah badan tak slim - slim sampai sekarang,,hehe.

Jadi dengan gembiranya mai nak promote satu makanan yang mai teringin nak makan iaitu SHIMINO. Mai jumpa makanan ni kat blog kakak yang bakal give birth her 1st child,kalau tak silap lah. Dan kakak ni sangat comel! I loike! Kakak Mrs.VIP :) Shimino ni sebenarnya lebih kurang macam lempeng lah bagi orang melayu, tapi version ada inti punya. Tapi Shimino ni jugak tergolong dalam kategori CREPES. Benda alah Shimino ni berasal dari Harajuku, Jepun dan ada macam perasa manis herba serta ada juga campuran buah - buahan seperti, kiwi, mangga, oren dan banyak lagi pilihan yang disediakan. Kalau nak lagi sedap boleh aiskrim atau coklat cair atau madu. Selain tu, Shimino ni juga ada pilihan untuk rasa ayam, daging lembu dan ayam belanda. Menarik kan? Tulis macam ni pun mai da nak terliur tau!hehehe. Mai dapat info ni semua dari blogger - blogger yang pernah makan Shimino ni. Harga Shiminoni jugak berpatutan bergantung pada apa pilihan inti yang kita nak. Benda sedap, mestilah mahal kan sebab terjamin kepuasannya. Sebenarnya,benda alah ni dah lama beroperasi kat Malaysia ni, cuma mai je yang baru tau,,hehe.

Okay lah, mai harap info yang mai bagi ni dapat bantu kawan - kawan lain yang ada minat macam mai suka cuba makanan - makanan baru ni. Kiosk Shimino ni ada dibuka di Times Square, Pavillion dan Ikano Power Centre, Mutiara Damansara. Ni antara tempat yang mai tau adanya kiosk Shimino ni :) Nanti bila mai da try Shimino ni, mai bagitau kawan - kawan ye! Take care everyone! :)